Menulis berlandaskan hati dan otak sendiri #1

BOLA SEPAK KEGEMARAN KU









Kita semua sudah merasai debaran Piala Dunia 2010 hampir bermula tetapi kita tidak dapat melihat negara kita sendiri beraksi di Mana-mana tempat melangsungkan kejohanan berprestij tinggi oleh kerana kekurangan bakat pemain Malaysia. Perasaan hampa sentiasa tersemat di hati Aizat mahupun peminat-peminat tanah air .Kita juga telah mengetahui angan-angan besar dari Persatuan Bola Sepak Malaysia "FAM" -Football Association Malaysia- telah menetapkan target ke Piala Dunia pada tahun 2022. Bagi Aizat, perasaan kelakar dan hampir tergelak mendengar angan-angan tersebut kerana peratusan memenangi kejohanan seperti Piala Tiger, Sukan Sea, Pesta Bola Merdeka dan Piala Asia adalah sebanyak 10 peratus. Agak tidak munasabah dan hanya hayalan bagi Aizat. Pemain Kita tiada semangat dan tiada kejujuran semasa bermain bola. Aizat ada menonton di YouTube corak permainan semasa Allahyarham Mokhtar Dahari masih hidup dan terkejut kerana corak permainan mereka amat berlainan dari segi kepantasan, mental dan semangat mereka. Tetapi sekarang, ia berlainan dan mungkin kewujudan seperti pemain tersebut pudar di mata kita sekarang. Kesimpulan pemain Malaysia sekarang .
  • Kawalan Bola yang sangat lemah
  • Hantaran jauh tidak tepat
  • Kekurangan stamina
  • Kekurangan kelajuan
  • Kekurangan Skill
  • Bermain bola hanya keinginan menjadi terkenal dan Duit sahaja
  • Faktor disiplin bermasalah
  • Kekurangan Latihan dan tidak bertenaga
  • Terlalu bangga dan anggap diri sendiri terlalu hebat

Malaysia tidak boleh bergantung pada satu kaum sahaja "MELAYU"


Pendapat Aizat, Faktor jurulatih bukan faktor kegagalan negara kita mempertingkatkan sukan no 1 ini ke peringkat tahap yang lebih Tinggi .

Mungkin ini cuma idea karut dan tidak diterima akal dari Aizat . Bagi Aizat, Stamina, kepantasan dan ketinggian mungkin dapat diselasaikan dengan pemain import tetapi Keegoan Rakyat kita amat tinggi, jadi bagaiman jika Kaum melayu berkahwin dengan berlainan kaum seperti india dan cina, cina berkahwin dengan india, tidak kira la berkahwin dengan kaum apa . Kita dapat tahu faktor kekuatan mungkin berbeza dari segi sistem otot, stamina, ketinggian jika mereka mendapat anak lelaki. Tetapi idea tersebut mungkin hayalan, kerana Aizat dapat tahu mereka yang berkahwin berlainan kaum mungkin tidak berfikiran serupa . Apa yang mereka fikir apabila mereka mendapat anak yang kacak dan cantik, mereka mudah menghantar anak mereka menjadi model, artis dan perkara yang mudah menjana pendapatan dan kemasyuran. Tanpa didikan, suntikan minat bermain bola adalah faktor kelemahan Malaysia.

Aizat pelik apabila melihat pemain-pemain bola dari Sepanyol, England, Brazil dan lain-lain seperti pemain David Beckham, Cristiano Ronaldo, Lionel Messi dan kaka . Contohnya, keluarga mereka mendapat tahu anak-anak mereka begitu kacak dan sesuai menjadi Artis tetapi mengapa mereka menghantar anak-anak mereka bermain bola ? kemungkinan faktor minatnya sukan bola sepak dari keluarga dan menyuntik minat mereka kepada anak-anak mereka. Dengan kehebatan dari David Beckham menghantar bola dengan tepat dan cantik, tidak lain kelajuan, kehandalan mengawal bola seperti Cristiano Ronaldo , Kaka dan Lionel Messi.

WHY ? WHY?

Owh, baru Aizat tahu , Rakyat Malaysia hanya gemar berhibur . Lihatlah betapa ramainya Rakyat kita ingin menjadi artis kononnya Orang Seni . Melihat di kaca mata televisyen terlalu banyak rancangan-rancangan mengasah bakat menjadi penyanyi. Biasalah menjadi popular dan terkenal di sarata dunia menjadi idaman setiap insan.

Pasukan Malaysia tidak boleh bergantung pada Melayu sahaja, kaum Cina dan India perlu membantu satu sama lain . Bola Sepak adalah permainan memerlukan sokongan " TEAM WORK"

1 Malaysia

Unexpected , Unimagination, Unexperience

Build Confidence and powerful performance































No comments:

Aizat Mahfuz also available on Xboxlive
Join him and fight him
Took chance to keep alive
and experience so many cool things
Always dreaming on my imagination
to continue a fantastic
Blog Writing ever had